Tuesday 22 December 2015

Kewangan:Tips Menabung

Sekarang ni dekat media sosial atau internet, ramai yang share tips menabung. Tips ni bukan saja sesuai untuk golongan yang bekerja dan berpendapatan sederhana macam saya, tetapi sesuai juga untuk golongan pelajar dan ibu bapa yang mahu belajar tentang cara mengendalikan kewangan peribadi dengan bijak.

Saya ni tidaklah pandai dalam uruskan bab kewangan. Baru-baru ni je tersedar dari lena dalam bab-bab duit ni. Sebelum ni, memangla ada simpan sikit-sikit tapi hanya untuk beli sesuatu ataupun tunaikan impian seperti nak kahwin, beli kereta dan lain-lain. Tetapi, ramai yang masih tak tahu menyimpan dalam untuk plan jangka masa yang panjang.

Jom kita tengok cara-cara atau tips menabung yang mudah. InsyaAllah dengan disiplin yang kuat dan adanya matlamat, kita boleh menyimpan khususnya untuk masa depan nanti. Kita xtahu apa akan jadi pada kita. Ramai rakyat sekarang terbeban dengan pelaksanaan GST dan kenaikan barang yang tinggi yang bukan saja saban tahun naik tetapi saban bulan kita alaminya.

1. Simpan duit kertas hijau




- Simpanla setiap kali ada duit rm5 dalam dompet. Kenapa rm5? Sebab nilai rm5 ni tidaklah kecil tidaklah besar. Lagipun warna hijau kan mendamaikan kalau masuk dalam tabung. Hihihi.

2. Simpan duit oren

- Simpan duit rm20 terus masuk dalam tabung. rm20 juga sesuai disimpan kerana jarang dijumpai dan cepat terkumpul jika disimpan.

3. Simpan duit biru/duit kertas

- Tips ni biasa kita buat kan.Mulakan setiap hari walaupun seringgit sehari. Jika dihitung selama sebulan jumlahnya sama seperti sebulan simpan.

4. Simpan duit syiling

- Duit syiling agak berat jika disimpan dalam dompet. Jika ada duit syiling, jangan bayar/ guna semasa membayar makanan di kedai. Terus masuk dalam tabung syiling anda.

5. Simpan 10% gaji

- Untuk yang bekerja, tips ni WAJIB buat. SIMPAN dahulu, BAYAR hutang dan BELANJA.

Macam mana kawan2? Mudahkan tips ni. Permulaan memang agak payah, tetapi jika kita buat secara konsisten tiada alasan lagi untuk kita lakukan. Saya juga telah ikut kesemua tips di atas. Untuk tips 1, permulaan simpanan selama 5 bulan telah terkumpul sebanyak rm500. Banyak kan?

Jom kita simpan!

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Betul.. sangat menarik sebenarnya. 10% tu paling penting.sebab kita tak tahu bila kecemasan akan berlaku. Sharing yang bagus. 😉

    ReplyDelete